UCAPAN PENGURUS BESAR

Bismillah Hirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Yang Saya Mulia Wakil SKM, Pengerusi ,ALK, Audit dalaman, Audit Luar dan Pengurusan KRTB dan perwakilan yang saya hormati.
Alhamdullilah bersyukur kita kepada Allah SWT atas kurnianya kita dapat bersama menjalankan tanggungjawab sebagai pengerak industri koperasi pada tahun ini. Atas amanah yang telah di beri oleh semua anggota terhadap pihak pengurusan maka kami sudah pasti akan berusaha bersungguh sungguh untuk mentadbir dan menggalas tanggungjawab yang telah di amanahkan. Pihak pengurusan juga berterima kasih diatas sokongan anggota dan ALK khasnya berperanan dalam memastikan perjalanan koperasi berada dilandasan bagi memperkasa KRTB.

Alhamdullilah sepanjang tahun 2020 & 2021 kita telah menambah baik dari tadbir urus yang berkesan, menambah kemudahan pembiayaan yang lebih efektif, memperkasa produk Ar-Rahnu dan menawar pelbagai produk barangan pengguna melalui portal media sosial.

Dengan segala komitmen yang telah diberi dari semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kita mencapai satu anjakan dari segi tadbir urus yang berkesan dimana kita telah mengunakan sistem lengkap untuk mengurus dan mengendalikan KRTB.

Dari itu, KRTB telah mewujudkan pelan yang jelas untuk menjadi Koperasi yang maju dan kompetatif.

Kita akan terus beranjak dari tahap yang lama pada satu transformasi yang berpendapatan tinggi. Untuk menjayakan kehasilan yang tinggi semua harus memainkan peranan dari pengurusan dan setiap anggota terutama perwakilan harus mengambil bahagian bagi meningkat ekonomi koperasi khususnya KRTB.

Justeru itu pelbagai pendekatan akan kita teruskan demi memperkasakan koperasi kita dalam meningkatkan mutu khidmat pelanggan, kebajikan anggota, meningkat perniagaan koperasi, pendidikan latihan dan maklumat kerjasama antara koperasi.

Tuan/Puan yang saya hormati, salah satu kaedah dalam memperkasa KRTB, kita harus memperluaskan sokongan terhadap perniagaan yang di usahakan oleh KRTB, antaranya berurusniaga di Ar Rahnu TEKUN, menggunakan perkhidmatan TAKAFUL kenderaan melalui KRTB, berbelanja di Simple D Cafe’ salah satu kafe yang diusahakan oleh KRTB sepenuhnya, yang mana semua anggota yang berada disekitarnya harus berbelanja setidak tidaknya 1 sesi bagi memberi impak yang besar dalam menaikan sokongan terhadap produk tempatan dan jenama Kafe tersebut (Simple D Cafe).

Bagi meningkat keanggotaan koperasi, pihak pengurusan berusaha sebaik mungkin untuk memberi keyakinan kepada kakitangan TEKUN dengan aktiviti yang dapat menjana pulangan yang baik dan mewujudkan manfaat kepada anggota.

Perniagaan Ar-Rahnu satu lagi bidang keberhasilan yang amat membrangsangkan dimana kerjasama KRTB bersama TEKUN Nasional telah berjaya membuka 11 cawangan dan hampir keseluruhan telah mencapai keuntungan.

Dengan simpanan emas melebihi RM 50 juta, ia menunjukan satu angka yang begitu positif, justeru itu terdapat cadangkan supaya dibuka ke Negeri seluruh Malaysia bagi memberi khidmat dan manfaat kepada anggota kita seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun segala tadbir urus untuk menjadikan aktiviti ini akan kita pertingkat demi ketelusan dan juga peraturan yang dikehendaki.

Hala tuju baru KRTB akan mewujudkan pelan yang jelas untuk mentrasformasikannya lebih jauh supaya kita boleh berlandaskan kejayaan besar yang kita akan capai.

Sebelum mengakhiri ucapan, ingin saya mohon agar seluruh anggota KRTB dapat memberi sokongan dalam apa jua bentuk bagi mengiatkan lagi pertumbuhan ekonomi koperasi terutama KRTB.

Akhir kata saya ingin merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan kita pada tahun ini. Saya juga menjulang setinggi penghargaan dan terima kasih ke pada SKM dan kakitangan serta Pengarah SKM Wilayah dan kakitangan yang selama ini telah banyak membantu dalam membimbing kita dari masa ke semasa, tidak lupa pada Penaung KRTB Dato Adam bin Abd Ghani, Pengerusi Hj Aishamuddin Bin Zulkefli semua ALK, Perwakilan, dan kakitangan KRTB serta seluruh kerabat anggota KRTB kerana berjaya memertabatkan KRTB seperti hari ini.

KESETIAAN ANGGOTA KETEGUHAN KRTB

“Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang”

Pengurus Besar

Koperasi Rakan TEKUN Berhad

Norshazli B Ramli

Pengurus Besar