Kami caterer yang berpengalaman lebih 5 tahun. Menyediakan perkhidmatan untuk mesyuarat di syarikat swasta, kerajaan dan agensi, majlis perkahwinan, rumah terbuka, majlis kerajaan, syarikat swasta di sekitar Lembah Klang. Tidak ketinggalan juga, kami juga menyediakan pakej pakej yang menarik untuk seminar dan latihan , Majlis Korporat. Majlis Makan Malam dan pelbagai lagi.
Objektif perlaksanaan projek ini adalah untuk memudahkan usahawan mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan efektif melalui sistem cagaran emas. Pembiayaan ini mengetengahkan elemen pembiayaan mikro pajak gadai Islam patuh syariah dan merupakan satu lonjakan paradigma didalam menginovasikan struktur pembiayaan TEKUN Nasional yang sedia ada dan ianya berisiko rendah.
Objektif utama TEKUN Mart adalah untuk membantu usahawan memasarkan produk keluarannya. TEKUN Mart menyediakan platform jualan terhadap barang barang keluaran tempatan terutama usahawan micro disamping mempromosi produk tersebut.
HARTANAH
Pengurusan KRTB kini sedang mencari tanah-tanah pertanian di lokasi strategik untuk kediaman berkeluasan antara 5 ekar hingga 10 ekar. Tanah-tanah ini kemudiannya akan dipecahkan kepada lot-lot kecil dan dijual semula kepada anggota-anggota koperasi dengan harga mampu milik.
Kami menyedia dan memberi perkhidmatan kawalan kredit dengan cara tersendiri yang lebih profesional. Berpengalaman lebih 5 tahun didalam bidang berkaitan. Pelanggan kami terdiri di kalangan koperasi dan agensi agensi yang menyediakan pembiayaan.
Objektif utama insuran adalah untuk membantu staff TEKUN Nasional membuat insuran kenderaan. KRTB turut menawarkan insurans berkaitan dengan kebakaran bangunan, rumah dan lain-lain. Takaful ini bukan untuk dalaman sahaja malah ia digunakan untuk pelanggan luar juga.
KEWANGAN
Pembiayaan peribadi Pembiayaan peribadi KRTB yang berkonsepkan Syariah-Tawarruq telah mula ditawarkan kepada warga kerja TEKUN Nasional pada bulan Ogos 2017. Operasi pembiayaan dikendalikan oleh Unit Pembiayaan & Unit Akaun/Kewangan KRTB.
Pihak kami menjalankan perkhidmatan pembersihan ruangan pejabat (Office Cleaning Service) untuk bangunan komersial dan perindustrian seperti restoran, hotel, pejabat, bangunan kerajaan, sekolah kedai, supermarket dan lain-lain terutamanya di sekitar Kl, Selangor dan Lembah Klang.
PERHATIAN!!!
JATI DIRI KOPERASI
KRTB MEMBERSHIP
- Wargakerja TEKUN Nasional
- Saham anggota – RM500 (min)
- Yuran Anggota bulanan – RM30 (min)