PERKHIDMATAN KAMI

Kewangan

Pembiayaan peribadi
Pembiayaan peribadi KRTB yang berkonsepkan Syariah-Tawarruq telah mula ditawarkan kepada warga kerja TEKUN Nasional pada bulan Ogos 2017. Operasi pembiayaan dikendalikan oleh Unit Pembiayaan & Unit Akaun/Kewangan KRTB.

Maklumat penuh

Perkhidmatan

Kooptakaful
Objektif utama Kooptakaful adalah untuk membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan untuk membina karier pada jangkamasa sederhana (3 hingga 5 tahun). Ini adalah usahamasa KRTB bersama syarikat takaful Prudential BSN (PruBSN).

Risalah Kooptakaful

SSPN-i
Program ini adalah usahasama KRTB bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Khidmat ini adalah untuk memudahkan masyarakat untuk membuka akaun SSPN-i Plus atau membuat transaksi secara online tanpa memerlukan borang dan wang tunai.

Risalah SSPN-i

Hartanah

Pengurusan KRTB kini sedang mencari tanah-tanah pertanian di lokasi strategik untuk kediaman berkeluasan antara 5 ekar hingga 10 ekar. Tanah-tanah ini kemudiannya akan dipecahkan kepada lot-lot kecil dan dijual semula kepada anggota-anggota koperasi dengan harga mampu milik.

Remittance agent

KRTB akan melancarkan sebuah syarikat Agensi Penghantaran Wang (Remittance Agent). Ini bagi memudahkan 7 juta warga asing yang bekerja di beberapa industri utama di negara ini untuk membuat penghantaran wang balik ke negara asal masing-masing setiap bulan. Sebanyak RM32billion pengaliran wang keluar negara dijangkakan pada akhir tahun 2017 melalui perkhidmatan remittance agent ini. Dengan berbekalkan jangkaan itu, KRTB tidak melepaskan peluang untuk menyediakan perkhidmatan tersebut untuk kemudahan warga asing dan juga orang ramai.

Borang Kaji Selidik Perniagaan Remittance Agent

Red ONE

KRTB akan menjalinkan usahama dengan syarikat Red ONE Sdn Bhd dalam bidang telekomunikasi. Red ONE Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat TELCO yang bernaung di bawah Celcom Axiata. KRTB membuka peluang kepada warga kerja TEKUN di cawangan-cawangan khususnya bagi menambahkan pendapatan dengan menjual produk perkhidmatan talian RedOne kepada usahawan dan pelanggan yang datang ke pejabat TEKUN. Setakat ini talian RedOne telah menguasai 10% rangkaian postpaid di pasaran dengan seramai 900,000 pengguna postpaid dan 80,000 pengguna prepaid.

Perniagaan Talian Mobile RedOne

JATI DIRI KOPERASI

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Dengan nilai-nilai ini sebagai asas, anggota koperasi pasti menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah, ketelusan, tanggungjawa sosial seta prihatin terhadap orang lain.

Syarat-syarat keanggotaan

Wargakerja TEKUN Nasional

Fi anggota – RM50

Saham anggota – RM500 (min)

Yuran Anggota bulanan – RM30 (min)

PERHATIAN!!!

Kami tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga bagi menjalankan urusan bersama pihak kami. Hubungi kami sekiranya anda tidak pasti!

PROSES PEMBIAYAAN

  • 1.

  • 2.

PEMOHON

Membuat pertanyaan, muat turun borang, mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen berkaitan.

KRTB

Menerima , menyemak ,memproses borang permohonan pembiayaan dan dokumen berkaitan & bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan untuk kelulusan Pihak ALK.
  • 3.

  • 4.

  • 5.

KRTB

Menghubungi pemohon untuk tujuan pengesahan penerimaan kelulusan pembiayaan (akad), key in maklumat pemohon ke dalam sistem koperasi ,mencetak surat tawaran & email kepada pemohon.

PEMOHON

Pemohon tandatangan surat tawaran dan email kepada KRTB.

KRTB

Melaksanakan Transaksi Tawarruq,insurans & arahan bayaran /Pindahan Terus Secara Elekronik

( EFT ) ke akaun bank pemohon.

CHECK OUT OUR PROJECTS!

Anda ada soalan? Hubungi kami sekarang!

03-90598932

Anda ada soalan? Hubungi kami sekarang!

03-90598928

FROM OUR BLOG