Berikut adalah butiran mengenai Pembiayaan Peribadi-i KRTB

 

Syarat Pemohon:

  •     Terbuka kepada warga kerja TEKUN Nasional
  •     Menjadi Anggota KRTB
  •     Umur dari 19 hingga 60 tahun
  •     Jumlah kelayakan pembiayaan: 5 kali gaji kasar (maksimum RM50,000)
  •     Tempoh pembiayaan 12 bulan – 120 bulan
  •     Potongan gaji tidak melebihi 60% (termasuk DSR) daripada gaji kasar
  •     Bayaran balik melalui Potongan Gaji
  •     Berjawatan Tetap
  •     Pendapatan Min. RM1,200.00

 

Yuran & Tabungan:

  •     Yuran bulanan RM30.00
  •     (Jumlah yuran/simpanan min. RM180.00)

Pembiayaan dilindungi Takaful (GCTT)

CCRIS/CTOS boleh memohon

 

Pendaftaran & Saham:

  •     Keanggotaan Koperasi RM50.00
  •     Langganan Saham Min. RM500.00

 

DOKUMEN DI PERLUKAN: 

  • Borang Permohonan Menjadi Anggota & Pembiayaan-KRTB01
  • Surat Pengesahan Jawatan (Dikeluarkan Pihak Sumber Manusia TEKUN Nasional)-KRTB02
  • Kebenaran Pemotongan Pembiayaan-KRTB03
  • Borang Penyelesaian Pembiayaan (jika berkenaan)-KRTB04
  • Surat Perakuan Penjamin (Wargakerja TETAP TEKUN Nasional SAHAJA)-KRTB05

 

*TANPA PENJAMIN sekiranya telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun dan tiada tindakan tatatertib.

  • Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu-KRTB06
  • Kebenaran Potongan Gaji-KRTB07
  • Perjanjian Pembelian Komoditi dan Pelantikan Wakil Pembelian (Tandatangan pada Anggota Pemohon)-Appendix 1
  • Perjanjian Penjualan Komoditi dan Pelantikan Wakil Penjualan (Tandatangan pada Pemilik)– Appendix 2

 

DOKUMEN LAMPIRAN:

  • Slip Gaji Asal Terkini (disahkan oleh Pihak Sumber Manusia TEKUN Nasional)
  • Salinan Slip Gaji 2 bulan terdahulu – (disahkan oleh Pihak Sumber Manusia TEKUN Nasional)
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)- (disahkan oleh Pihak Sumber Manusia TEKUN Nasional)
  • Salinan Buku/Penyata Bank (muka depan) – disahkan oleh bank berkenaan (penyata online juga diterima)
  • Salinan Surat Opsyen (umur persaraan 60 tahun) – disahkan majikan
  • Surat Pembaharuan Kontrak (jika berkenaan).

 

 

Dokumen Pembiayaan Personal Financing – Monthly Repayment Table