PENGENALAN

Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) menawarkan perkhidmatan (cleaning service) untuk pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan berdekatan. Pasukan perkhidmatan pembersihan ini ditubuhkan pada 01 Januari 2021. Mempunyai sembilan (9) orang kakitangan termasuk seorang (1) penyelia. KRTB bermula dengan menyediakan perkhidmatan dalam bangunan pejabat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional. Koperasi kami berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan 100% bumiputera.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan pembersihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani, menyapu dan mop lantai Jubin
  • Membersih ruang lobi / Bussines Centre seperti mop,menyapu lantai, mengelap dinding cermin, sofa dan lain-lain
  • Membersih dan mencuci bilik-bilik VIP termasuk tandas serta membekalkan tisu, sabun pembasmi kuman dan pewangi tandas
  • Membersihkan ruang kerja staf, bilik-bilik Ketua, perabut dan kelengkapan di setiap jabatan, bilik-bilik mesyuarat dan surau
  • Memungut sampah dari bakul sampah setiap tingkat dan membersihkan pantry di setiap jabatan
  • Membersihkan telefon dan meja (menggunakan spray pewangi)
  • Membersihkan auditorium, bilik latihan, bilik jamming, gymnasium dan sauna
  • Polish dan scrub lantai (menggunakan polish shine) serta membersih sawang di seluruh ruang pejabat termasuk siling
  • Polish dan scrub lantai (menggunakan polish shine) serta membersih sawang di seluruh ruang pejabat termasuk siling
  • Membersihkan ruang stor pejabat
  • Mencuci dan syampu keseluruhan permaidani menggunakan mesin khas
  • Membuat kerja-kerja disinfeksi @ nyahkuman