18 JULAI 2019

ALHAMDULILLAH!

Bersyukur kehadrat Ilahi Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersama anak-anak Asrama Anak Yatim Darul Taqwa berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada penjaga & anak-anak Darul Taqwa, wakil barisan Anggota Lembaga Koperasi, wakil TEKUN Nasional, wakil TEKUN Corp dan semua tetamu yang sudi hadir.

Tidak lupa kepada semua warga kerja KRTB & TEKUN Mart yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Semoga TEKUN Mart akan berkembang maju dan berjaya. Sokongan daripada semua pihak amat kami hargai.

“Kepuasan Anda MATLAMAT Kami”