Apa itu LESGRO?
- LESGRO ialah sebuah platform digital atas talian yang dibangunkan oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD untuk mengumpul, menyenarai, memapar dan mengurus jualan atas talian bagi produk-produk PKS di Malaysia.
- LESGRO mempunyai misi utama iaitu membantu PKS untuk memperkembangkan capaian dan rangkaian produk bagi memperolehi pasaran-pasaran baru dengan lebih meluas.
- LESGRO berperanan sebagai sebuah katalog digital selain berfungsi sebagai aplikasi jualan yang mudah diakses melalui media sosial seperti Whatapps, Facebook, Instagram, Google dan Twitter.
- LESGRO akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan keperluan harian yang memilih produk PKS sebagai keutamaan.
Let’s Grow !! #kitabantukita #PKSsupportPKS
Jadi Rakan LESGRO?
Kami amat mengalu-alukan semua PKS di seluruh tanah air bersatu hati dan saling bantu-membantu dalam memperkasakan usahawan PKS di Malaysia. Oleh yang demikian, Lesgro sedang berusaha untuk menjadi portal atas talian yang mengenengahkan produk-produk PKS dari seluruh tanah air,Agar semua produk PKS lebih mudah didapati secara atas talian. Lesgro,hanya produk PKS Malaysia!

LESGRO PRODUK
PROMOSI / AKTIVITI