SEKILAS PANDANG
AR RAHNU TEKUN Nasional merupakan salah satu produk perkhidmatan dan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional yang menawarkan pembiayaan tunai segera sehingga RM 150,000.00 dengan bercagarkan barangan emas dan bertindak sebagai salah satu pembiayaan alternatif kepada usahawan-usahawan.
TEKUN Nasional melalui Koperasi Rakan TEKUN Berhad telah membuka sembilan (9) buah cawangan Ar Rahnu dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).
AR RAHNU TEKUN Nasional menawarkan perkhidmatan dan pembiayaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas.

VISI
- Sebagai institusi pembiayaan gadaian patuh syariah yang unggul berlandaskan Syariah
MISI
- Melahirkan dan membangunkan pembiayaan gadaian sehingga mudah di akses oleh disetiap pelusuk masyarakat
- Perkhidmatan berkualiti kepada pihak berkepentingan dalam menjana pendapatan sehingga memberikan pulangan yang tertinggi.
- Melaksanakan tadbir urus yang telus patuh syariah dan memperkukuhkan nilai keusahawanan.
OBJEKTIF
- Menyediakan pembiayaan gadaian patuh syariah yang mudah, cepat dan mesra pelanggan dengan sifat amalan profesionalisma.
WAKTU OPERASI AR RAHNU TEKUN